Sabtu, 13 Februari 2010

Karakteristik Pemimpin dalam Islam

Karakteristik Pemimpin dalam Islam
Abu Bakar pernah menjelaskan dasar-dasar kepimpinan dalam Islam apabila beliau dibai’at menjadi pengganti Rasulullah SAW. Beliu menjelaskan dasar kepemimpinan sebagai berikut;
Pertama; Dasar yang digunakan dalam menilai rakyat. Abu Bakar menegaskan kepada sekelian rakyatnya bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah, bukan pangkat, keturunan, harta keturunan, ras, etnik dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip al-Quran yang menegaskan; “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu” (Surah al-Hujurat, ayat 13). Berdasarkan prinsip ini, para ulamak menegaskan; “jabatan apapun dalam pemerintahan Islam, baik itu berkaitan dengan kehakiman, kementerian, pegawai-pegawai biasa dan lain sebagainya tidak harus diserahkan kepada sembarang orang melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mempunyai keimanan dan ketakwaan.
2. Mempunyai kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
3. Ia tidak melobi untuk mendapatkannya, kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kami demi Allah tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya”.
Kedua; Dasar keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat. Saidina Abu Bakar meletakkan satu prinsip yang tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau seolah-olah memberi peringatan; “jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang coba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya –sebagai pemimpin- untuk membela orang tertindas itu. Dirinya diletakkan sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.
Ketiga; Dasar pemimpin berperlembagaan, yang tertakluk dengan undang-undang Syar’i. Di dalam ucapannya tadi, Saidina Abu Bakar menegaskan; “Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru)”. Saidina Abu Bakar ingin memberitahu rakyatnya bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas dalam Negara, beliau tetap terikat dengan undang-undang Syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai pemimpin Islam, beliau menyadari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Karena itu, beliau meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka; “Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”.
Dari uraian singkat di atas, dapat diambil kesimpulan bahwa dasar-dasar kepemimpinan dalam Islam tidak keluar dari apa yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau telah meletakkan pondasi yang kokoh dan telah pula diamalkan oleh para khalifah setelah beliau. Apabila pemimpin kita menghayati dengan baik titah perjuangan seorang pemimpin, maka bukan sesuatu yang mustahil Bangsa kita menjadi Bangsa yang disegani, dihormati dan disayangi. Dan kedamaian rakyatnya pun bisa dijamin melintasi sekat-sekat agama, ras, suku dan etnis. Semoga…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar